Friday, May 16, 2008

ISRAEILIYAT

PENGENALAN ISRAEILIYAT

+ jama3 dari perkataan ‘israiliyah’

+ iaitu kesah2, cerita2, yang diriwayatkan (diceritakan) oleh bangsa Israeil/Yahudi. -samada kesah2 bangsa Israeil/Yahudi itu sendiri-

+ bangsa Israeil adalah berasal dari keturunan Nabi Ya3qub bin Ishaq bin Ibrahim, iaitu bapa kepada Asbat (keturunan), -dalam alQur-an bayak disebut lafaz ‘asbat’ ni-

+ asbat ni adalah 12 orang adik beradik – yang digelar Bani Israeil adalah orang2 Yahudi yang berketurunan dari mereka 12 orang ini.

+ bukti ayat alQur-an yang mengatakan bahawa Yahudi itu Israeil :-
~ al-Maidah : ayat 78
~ al-Israk : ayat 4
~ an-Naml : ayat 76

+ ulamak2 tafsir dan hadith memberi makna Israeiliyat secara lebih luas iaitu kepada “ setiap sesuatu yang masuk ke dalam tafsir dan hadith –maknanya semua cerita2, kesah2 rekaan yang tidak diketahui sumber atau asal kesah itu- yang terdiri dari cerita2 yang tidak ada asalnya dari cerita2 lama/dahulukala. Ia hanyalah semata2 cerita rekaan musuh2 Islam . “ . Mereka menciptakan cerita2/kesah2 tersebut dengan niat buruk, kemudiannya memasukkannya pula ke dalam tafsir dan hadith untuk merosakkan 3aqidah umat Islam.
~Contoh: kesah Gharanik, kesah Zainab aljahshy, kesan tentang perkahwinan Rosulullah s.a.w , dll._.

+ sebab Ulamak menisbahkan semua kesah2/cerita2 yang tidak diketahui , tidak dijumpai asal usul @ dalil kesohehannya sebagai riwayat Israeiliyat adalah kerana menuut ghalib-kebiasaan-, majoriti sumber Yahudi sebegitu. Majority riwayat2 tentang perkara2 khurofat dan palsu berasal dari dongeng bangsa Yahudi/Israeil, apatah kaum Yahudi/Israeil sendiri adalah kaum yang terkenal dengan kebatilan.


SEDIKIT INFO TENTANG GOLONGAN YAHUDI

+ golongan Yahudi adalah golongan ahli Kitab yang paling rapat dan dekat kaitannya dengan umat Islam.

+ berpengetahuan lebih luas dan pandai membuat helah dengan memberi gambaran yang salah terhadap keindahan Islam dengan tipu daya mereka semata2.

+ golongan Yahudi sangat memusuhi dan membenci ajaran Islam serta seluruh kaum Muslimin. {al-Maidah: ayat 82}

+ antara ketua Yahudi- ketua pemutar belit, bermuka2, ketua kesesatan dan ketua munafik- yang sangat dikenali adalah 3abdullah bin Sabak.
~ dibelakang beliau berdiri banyak pengikut2 yang berpura2 menganut islam (munafikun) yang sangat memperjuangkan ahlul bait –ahli2 keluarga Rosulullah s.a.w- tapi dengan niat yang kotor. Isitu semata2 untuk memperluaskan lagi tipu daya mereka. Menyebarkan kerosakan dikalangan Umat Islam dengan merosakkan 3aqidah dan pegangan serta fahaman umat Islam itu. Agar dengan itu kesatuan ummah, kesatuan pemikiran umat Islam akan kacau bilau dan berpecah belah.

~ tujuan mereka menyerapkan kesah2 isareiliyat ke dalam tafsir2 dan hadith2 adalah agar peranan mereka -orang2 Yahudi/Israeil- menjadi lebih banyak dari bangsa lain dalam pelbagai bentuk. – dengan itu kaum mereka menjadi kaum paling mulia dan penting peranan mereka berbanding kaum lain-

+ maka atas dasar2 itulah , semua kesah2 yang palsu, yang tiada asal usul sumber serta kesohehannya di kira sebagai kesah2 “ Israeiliyat”.


besambung nanti...
"BAGAIMANA ISRAEILIYAT BOLEH TERSERAP MASUK KE DALAM TAFSIR2 DAN HADITH2 ?"