Friday, April 25, 2008

ayat2 Makiyyah vs ayat2 Madaniyyah

sambungan lepas...

6) Ayat-ayat Makiyyah vs ayat-ayat Madaniyyah

S : Apa perbezaan antara ayat-ayat Makiyyah dengan ayat-ayat Madaniyyah?
J : Perbezaan ayat-ayat Makiyyah dengan ayat-ayat Madaniyyah ;


a) dari segi masa
-- ayat-ayat yang diturunkan di Mekah @ sebelum Nabi Muhammad s.a.w berhijrah ke Madinah disebut ayat-ayat Makiyyah.
-- ayat-ayat yang diturunkan di Madinah @ sesudah Nabi berhijrah ke Madinah dinamakan ayat-ayat Madaniyyah.

b) dari segi bahagian dalam alQur-an
-- ayat-ayat Makiyyah meliputi 19/30 dari isi alQur-an juga bersamaan 86 suroh.
-- ayat-ayat Madaniyyah meliputi 11/30 dari isi alQu-an dan terdiri atas 28 suroh.

c) dari segi struktur /cirri-ciri ayat

i) a) ayat-ayat Makiyyah umumnya pendek-pendek.
b) ayat-ayat Madaniyyah umumnya panjang-panjang.

ii) a) suroh-suroh Makiyyah 19/30 dari alQur-an, ayat-ayatnya berjumlah 4,780 ayat.
b) suroh-suroh Madaniyyah 11/30 dari alQur-an, ayat-ayatnya berjumlah 1,456 ayat.

iii) a) juz 28 seluruhnya Madaniyyah kecuali suroh Mumtahanah (60), ayatnya 137.
b) juz 29 seluruhnya Makiyyah kecuali suroh ad-Dahr (76) , ayatnya 431.

iv) suroh al-Anfal dan suroh asy-Syu3araa, masing-masing setengah juz tetapi yang pertama Madaniyyah dengan bilangan ayat sebanyak 75, sedang yang kedua Makiyyah dengan 227 ayat.

v) a) ayat-ayat Makiyyah kebanyakkannya menggunakan lafaz ‘ Yaa aiyuhannass…’ ( wahai sekalian manusia…)
b) ayat-ayat Madaniyyah pula menggunakan lafaz ‘ Yaa aiyuhallaziina aamanu…’ ( wahai mereka-mereka yang beriman…)

v) dari segi isi kandungan
a) ayat-ayat Makiyyah mengandungi hal-hal berhubung keimanan, ancaman dan pahala, kisah-kisah umat terdahulu, yang mengandungi pengajaran dan budi pekerti.
b) ayat-ayat Madaniyyah mengandungi hokum-hukum, samada hokum dat @ duniawi, seperti hukum-hukum kemasyarakatan, ketatanegaraan, hukum perang, hukum antarabangsa, hukum antara agama dll.

Friday, March 21, 2008

SEJARAH AL-QURAN

1) Apa erti lafaz ‘qur-an’ ?
J : ‘qur-an’ menurut bahasa bererti bacaan.
- di dalam al-Quran sendiri dah guna kalimah ‘qur-an’ yang membawa maksud “bacaan” , iaitu pada ayat 17-18 surah al-Qiyamah. (75:17-18)

maksud ayat;
{ sesungguhnya mengumpulkan al-Quran (di dalam dadamu) dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu) itu adalah tanggungan Kami. (kerna itu), jika Kami telah membacakannya, hendaklah kamu ikuti bacaannya }- ( ‘qur-aanahu’ = bacaannya )

rujuk al-Quran untuk lafaz ayatnya.

# lantas diguna pakai lafaz ‘qur-an’ itu untuk al-Quran sekarang.

2) Apa erti al-Quran ?
J: Kalam ALLAH s.w.t , merupakan mu3jizat, diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad s.a.w dan membacanya dikira ibadat.

Lalu, dengan definisi ini, tertolaklah beberapa perkara :-

• kalam ALLAH yang diturunkan pada Nabi Muhammad s.a.w
-> lalu kalam ALLAH yang diturunkan kepada nabi-nabi selain Nabi Muhammad s.a.w tidak dipanggil al-Quran. (contoh, kalam ALLAH yang diturunkan kepada Nabi Musa a.s, tidak dipanggil al-Quran tetapi Taurat, pada Nabi Isa a.s pula Injil dan Nabi Daud a.s dipanggil Zabur)

• kalam ALLAH yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w , yang dengan membacanya dikira ibadah.
-> ini menolak Hadits Qudsy. Hadits Qudsy sungguhpun merupakan kalam Allah dan diturunkan kepada nabi Muhammad s.a.w, tetapi membacanya tidak dikira ibadah. Lantas ia tidak dipanggil al-Quran , ayat-ayatnya tidak dipanggil ayat al-Quran.

3) Bagaimana cara al-Quran diwahyukan (diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w ) ?
J : Nabi Muhammad s.a.w menerima wahyu melalui beberapa cara dan keadaan.
a) malaikat memasukkan wahyu itu terus ke dalam hati baginda, dalam keadaan ini, Nabi tak lihat sesuatu apapun, hanya beliau merasa bahawa wahyu itu sudah ada dalam hatinya. (42:51)

b) malaikat menampakkan dirinya kepada Nabi dengan menyerupai susuk lelaki, mengajarkan Nabi ayat-ayat al-Quran sehingga Baginda mengetahuinya dan menghafaz benar-benar ayat itu.
c) wahyu diturunkan kepada Nabi seperti gemerincingnya loceng. Cara ini paling berat dirasakan bagi Nabi. Kadang-kadang pada kening Baginda terpancar bercucuran keringat walaupun wahyu itu diturunkan di saat musim dingin yang amat.

--> kadang-kadang pula, unta baginda terpaksa berhenti dan duduk kerana merasa amat berat, sekiranya wahyu itu turun ketika Baginda sedang mengenderai unta.
diriwayatkan oleh Zaid bin Tsabit ;


' Aku adalah penulis wahyu yang diturunkan kepada Rosulullah s.a.w.
Aku lihat keadaan Rosulullah s.a.w ketika turunnya wahyu, seakan-akan diserang oleh demam yang keras dan keringatnya bercucuran seperti permata. Kemudian setelah selesai penurunan wahyu itu, barulah keadaan Baginda kembali seperti biasa.'
d) malaikat menampakkan dirinya kepada Nabi, tetapi bukan berupa seperti susuk laki-laki seperti keadaan (b) , tetapi dengan rupanya yang sebenar, yang asli. (53:13-14)


4) Selama berapa tahun al-Quran diturunkan (secara beransur-ansur) ?
J : al-Quran diturunkan secara beransur-ansur dalam masa 22 tahun, 2 bulan , 22 hari.

5) Apa hikmah diturunkan wahyu (ayat-ayat al-Quran) itu secara beransur-ansur ?
J : Hikmah-hikmahnya :-
a) agar lebih mudah dimengerti dan dilaksanakan .
- sekiranya diturunkan segala suruhan dan larangan seentak, sekaligus banyak, mungkin menyebabkan manusia-manusia merasa berat, susah dan enggan melaksanakannya.

b) di antara ayat-ayat itu, ada yang nasikh dan ada yang mansukh, sesuai dengan kemaslahatan manusia mengikut keadaan.
- sekiranya al-Quran diturunkan sekaligus, nasikh dan mansukh tak dapat dilaksanakan.

c) sesuatu ayat itu, turun sesuai dengan peristiwa – peristiwa yang terjadi. Dengan ini, akan lebih mengesankan, lebih memperanguhi hati-hati manusia.

d) untuk memudahkan penghafalan.

e) diturunkan secara beransur-ansur kerana, ada ayat-ayat yang diturunkan yang ia merupakan jawapan daripada pertanyaan atau penolakan sutu pendapat atau perbuatan. Hal ini tak mungkin dapat dilakukan sekiranya al-Quran diturunkan sekaligus.

f) untuk menjadi penguat dan penetap hati Nabi Muhammad s.a.w . (25:32)


“ berkatalah orang-orang yang kafir,
‘ mengapa alQur-an itu tidak diturunkan kepada nya (Muhammad s.a.w)
sekali turun sahaja?’ demikianlah (secara beransur-ansur),
supaya KAMI perkuat hatimu (Muhammad) dengannya (alQur-an)
dan KAMI membacakannya kelompok demi kelompok.”


bersambung.....